GUBIR...GUBEY.....GUBYE
Wednesday, March 4, 2009
Dari kuala sg.Besar..Lubuk Petai,mek senik,Kundur,badak dan Pari sementara itu kawasan di tasik pula terletak suak-suak dan Charok-Charok yang berpotensi seperti Nyeh,padang Berhala,Debu,Bangol Pauh,Nipis Kulit,Charok Terajam,Becah To’man Dan Bangol Puyuh
Kami seramai 10 orang Dee ten,pian,dek wan,baitcaster,panoi,jon jab,bob aloq staq, nomade art krie dan parit berkesempatan ke Gubir(Sg. Gawi) atau panggilan orang tempatan Sg Besar yang terltak di negeri Kedah.trip ini dirancang sempena musim kemarau yg melanda dan dikatakan waktu tersebut amat sesuai untuk menghulu ke sungai besar dan melakukan aktiviti mengilat seberau dan tengas.Dikatakan banyak seberau dan tengas di hulu sungai Besar untuk diduga.Untuk kaki2 bottom pula disebelah malam tengas,baung,bujuk dan tilan batu dapat dipancing menggunakan cengkerik atau Ulat Kuang(ulat Sagu).
Pengaruh hujan
Trip tersebut selama 2 hari 1 malam dan tarikh telahpun dikompomkan pada 28/2-1/3/09.Sebenarnya trip tersebut adalah seramai 12 orang tapi member Jon jab tak pi la
Pulok.Kelam kabut la juga pasal Depa Habaq malam seblum bertolak(Nasib Baik Diut dah Bagi)Seminggu sebelum bertolak hujan telahpun mulai turun dikawasan Pulau Pinang!!!!!.Apa nak buat nampaknya musim hujan dah mai….Berikutan itu sibuklah bersms dan menalipon pengusaha bot(Asrol) tentang cuaca dan keadaan air kat sana.Mengikut beliau seminggu sebelum tarikh tersebut blah sana tak hujan(sempoi la tu)2-3 hari sebelum bertolak beliau sms mengatakan hujan dok mai dah blah sana(semak-semak)tapi tu pun setengah2 kawasan di sebelah petang.Perbincangan telahpun dibuat dan trip tersebut akan diteruskan tetapi ditambah dengan umpan yang paling mujarab abad ini Jalaaaaaa(pamparam)…..atas nasihat Asrol kami membawa jala, tu pun sepucuk ja.
Kabus tebal
“Pagi yang gelap kini sudah terang aku adikmu”macam lagu la pulak Pukul 4.30 pagi sebanyak 3 buah kereta kami bertolak dari Padang Ibu menuju ke Gubir.Niat di hati Budget sampai sana pukul 6.00 pagi tapi oleh kerana keadaan kabus yang tebal terpaksa la naik Slow2.Kami singgah ke pekan Sik untuk menunaikan solat subuh dan sampai ke Belantek untuk bersarapan(makan pagi pun 10 orang 40++)Pukul 8.10 kami tiba di pengkalan bot disitu Asrol dan seorang Otai(Pak Long) dah berada disitu menunggu kami sejak pukul 7.00 lagi.Apa yang kami dapati paras air empangan surut mendadak dan tanpa berlengah barang terus diangkut dan bertolak ke Sg besar dalam pukul 8.30 pagi.Suasana cukup menarik pada pagi tersebut,menurut Asrol pada musim sebegini Haruan dapat dipancing dengan mudah berumpankan katak kerana ikan haruan akan bermain di tepi2 pulau dan suak2
Pengaruh hujan.
Berbekalkan 4 buah perahu berenjinkan ekoq Bewak kami menyusuri empangan Muda dengan seribu harapan agar keadaan Sg. Besar tidak akan keruh.Kami dapati penduduk tempatan menjalankan aktiviti memukat dan menjala di kawasan empangan.Sesampainya kami di Kuala Sg.Besar kami dapati keadaan air disitu begitu keruh dan amat menghampakan harapan kami untuk munghulu ke Sg.Besar.Kami berbincang seketika untuk meneruskan perjalanan ataupun berkhemah di kawasan kuala sungai,Atas nasihat Asrol dan kata putus telahpun dibuat(berkhemah di kuala sungai) walaupun ada sesetengah kawan2 yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat ke hulu sungai.Masing2 sibuk mendirikan khemah sementara ada yang keluar untuk menjala untuk dibuat bekalan untuk makan tengahari dan malam.Jon jab,panoi, baitcaster dan pak long menghulu ke sungai untuk “recce” samada keadaan hulu sungai keruh atau sebaliknya.Sepanjang menyusuri sungai tersebut mereka dapati air sangat keruh dan tidak dapat mengasting seberau menurut Pak Long keadaan sungai akan kembali jernih kalau hujan tidak turun petang atau malam nanti.Mereka berpatah balik dengan harapan agar hujan tidak turun.sementara itu ada yang cuba2 memancing dasar menggunakan umpan cengkerik tetapi hampeh.
Kumpau tahap cipan
Dalam tengahari semasa sempoi punya dok kayuh satu macam punya angin dok mai,hujan turun lebat beteraboq habih khemah ngan barang2 dan hancoq punah habih harapan untuk casting sok pagi,apalagi pakat2 bawak kluaq umpan mujarab(jala) nah amik puaih hang.Malam tu pakat2 makan ikan seluang ngan gulai tilapia.Tahap kekumpauan dah sampai tahap ultraman dah ngan bottom malam pun tak makan kedarah.Aktiviti malam diceriakan dengan berbalas pantun dan membiakkan diri.Kalau babi hutan dengan binatang lain pun tak berani nak mai dengan aksi2 masing2 tu tak termasuk ngan bunyi2an turbo dan wastegate sampai ada kawan2 kata cam bunyi babi hutan pun ada.Keesokan paginya kami dengan hampa dan kecewa berangkat dan Asrol mencadangkan agar kami casting di suak2 yang berpotensi dimana menurut beliau anak2 seberau akan berkenduri anak seluang di suak2 dan charok2.Menurut beliau umpan yang mujarab dan mustajab adalah kilat@kaca(spoon)panggilan orang tempatan dan gewang killer Red Head.
Seberau pengubat rindu
Kami menuju ke kuala Che’Som untuk mengastingkan diri walaupun terdapat seberau2 mengaimbush anak2 ikan tu pun tak kedarah.segala macam gewang dan sesudu termasuk mandrem2 dan maki hamun yang digunakan tapi hampeh.Baitcaster dan bob yang menggunakan khidmat Pak Long Berjaya mendapat seekor seberau dalam +-700gm berumpankan sesudu tersohor iaiatu Yozuri Altima TJ 10 gm,joran UltracastII dan kekili Abu Garcia Revo Premium semasa on the way nak balik.
Kesimpulannya trip ini dianggap kumpau tahap gaban walaupun Berjaya menghasilkan seekor seberau tetapi “Apa yang penting kerjasamax2(wonder pets)”walaubagaimanapun ia dapat merapatkan lagi hubungan sesama pemancing di samping dapat mencari kenalan baru dan menghilangkan tekanan kerja.Sebenarnya Kawasan ini mempunyai potensi yang amat besar dan mungkin tak ada rezeki kami dan ini akan dijadikan pengajaran untuk trip2 yang mendatangPelbagai kisah dan episod menarik kali ini terukir dipintu hati masing2.Kami akan menyusun strategi baru dan lebih bersedia untuk menggempur lagi Gubir,Hampa tunggu la badong2 ngan kejor Sg Gawi(Besar)
Asrol boleh dihubungi melalui:
019-4043 901
GAMBAR-GAMBAR YANG MERACUN KLERBOX ANGLERS
































Read more...